Hati ini disapa kenangan-kenangan lalu.
Kenangan-kenangan bersamamu. Memori tentangmu selalu sahaja singgah
dibenak, tetapi entah mengapa kali ini datangnya itu terlalu deras,
berpukal-pukal.
Aku merinduimu.
Seakan aku baru digigit
realiti, untuk kita bertemu melepas rindu seperti dulu itu adalah
sesuatu yang mustahil. Hanya berfikir tentangmu mampu membuat aku
mengalirkan air mata. Hatiku sebak.
Aku terlalu merinduimu.
Hati tiba-tiba rindu pada yang sudah tiada.
Hidup
ini hanya persinggahan. Tidak kekal. Aku tahu aku juga akan berkunjung
ke sana. Tetapi aku terkesima. Apa mungkin untuk kita bertemu semula? Di
alam yang lebih kekal. Malu untuk aku menyebutnya. Apa bisa kita ketemu
semula di dalam syurga Allah?
Berbeza dengan sahabat-sahabat lain
yang telah kehilangan saudara kandung, barangkali kerana aku belum
pernah merasai kehilangan ahli keluarga yang terlalu dekat, jadi aku
kurang merindui kematian. Ya. Merindui yang telah tiada itulah merindui
kematian. Tidak begitu?
Engkau? Bukanlah sesiapa yang mempunyai
pertalian darah denganku. Tetapi andai bisa ku gubahkan butir kata,
siapalah engkau padaku, demi Allah aku mencintaimu.
Aku mencintaimu keranaNya.
Dari
Anas bin Malik RA, “Ada seseorang yang bertanya kepada Nabi SAW tentang
hari kiamat, “Kapankah kiamat datang?” Nabi SAW pun menjawab, “Apa yang
telah engkau persiapkan untuk menghadapinya?” Orang itu menjawab,
“Wahai Rasulullah, aku belum mempersiapkan shalat dan puasa yang banyak,
hanya saja aku mencintai Allah dan Rasul-Nya SAW” Maka Rasulullah SAW
pun bersabda, “Seseorang (di hari kiamat) akan bersama orang yang
dicintainya, dan engkau akan bersama yang engkau cintai.” (HR. Imam
Bukhari)
"....engkau akan bersama yang engkau cintai..."
Boleh jadi ini pertama kali aku bercita-cita sebegitu besar. Mampukah aku? Layakkah aku?
Astaghfirullah.
Tidak
mengapa. Tiap-tiap Muslim memang perlu mengimpikan syurga Allah bukan?
Untuk bersama-sama Rasulullah, ahli-ahli keluarga yang dikasihi,
sahabat-sahabat sejihad. Dan engkau, engkau juga antara orang yang aku
ingin bertemu kembali.
Akan terus ku titipkan doa buatmu.
Akan terus aku berusaha untuk pulangan yang terbaik di sana nanti.
A thousand years...
6 years ago
No comments:
Post a Comment