surrounded by crowds doesn't chase away literal loneliness

surrounded by crowds doesn't chase away literal loneliness
dear lord embrace me with your blessings

Followers

Wednesday, August 8, 2012

Distance makes the heart grow fonder


We turn to Allah when our foundations are shaking without knowing that it is Him who is shaking them for reasons known to Him only.

Hati kecil ini diuji lagi, setelah sekian lama sunyi dari peringatan dari yang Maha Esa. Mungkin aku perlu bersyukur atas setiap langkah yang tersilap atur. Kerana hanya itu yang dapat menarik diri kembali mengingatiNya.

Aku punya prinsip. Prinsip yang cukup teguh ku pegang. Aku tahu apa yang aku perjuangkan. Aku faham dan cukup istiqamah dengan apa yang aku percaya. Tetapi aku silap. Aku silap apabila aku terlupa langsung bahawa aku juga manusia biasa. Aku terlupa langsung bahawa syaitan itu sentiasa ada. Aku terlupa langsung bahawa diri ini punya elemen bernama nafsu.

Tidak dipanggil hidup di dunia sekiranya kewujudan hamba ini tidak diuji. Dunia itu sendiri merupakan satu ujian. Dan tidak dipanggil prinsip yang teguh jika ia tidak disapa oleh suara-suara halus yang menggoyahkan.

Justeru Allah mengujiku. Allah menguji prinsip yang ku bawa. Sebagai hamba yang hina, malu untuk aku katakan aku juga semakin jauh dari Pencipta. Sibuk dengan perkara dunia.

Aku lalai seketika. Dibawa terbang mengikut perasaan. Sehingga aku sedar, fantasi ini tidak kekal lama. Lalu aku terjelepuk jatuh. Mengapa aku biarkan ini berlaku? Mengapa tidak aku lebih berwaspada dan menjaga diriku?

Sejenak aku bertafakur. Tidak. Mungkin sepanjang hari. Mungkin sepanjang malam. Aku berfikir dan berfikir. Hati ini perlu diperbaiki. Niat ini perlu diperbaharui. Tujuan hidup ini perlu kembali diingati.

Aku hidup hanya untukMu Ya Allah
Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selain Dia
Sesungguhnya Allah mengujiku kerana Allah masih sayangkan aku

Hidup ini satu perjalanan yang panjang melainkan ajal datang menjemputku.
Dan dalam perjalanan yang panjang itulah bermula jilid demi jilid untuk hamba ini mengenal Penciptanya.

Allah Humma, Ya Muqallib Al-Quloob, Thabbit Qalbi ‘Alaa Deenik,
“O Turner of the hearts, make my heart firm upon Your Religion.”



4 comments:

Areena said...

Nice :)

aiman_masri said...

Well said. and well done.

Faariis said...

and whoever believes in Allah, He will guide his heart. and Allah is knowing of all things.

Anonymous said...

Charles c.west quotation

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...