Saat jemari bertemu papan kekunci
Saat mata bertemu hamparan karya alam maya
Nampaknya gugusan jernih juga mahu menemani
Mata berkaca
Kesilapan demi kesilapan
Apa lagi yang boleh dijangka daripada insan bernama manusia?
Aku bukan malaikat
Aku yang masih merangkak dalam usaha bersama secebis amalku
Tetapi aku pasti sampai satu tahap
Akan terdetik di benak akan kepentingan menjaga kesucian ikhtilat
Kepentingan menjaga kesucian ikhtilat
Biarlah manusia bersama pendapat dan hujah masing-masing
Tetapi aku di sini yang berkata putus untuk melepaskan
Perit itu usah ditanya
Manakan tidak
Kononnya hati yang telah bertaut
Tetapi Allah itu Maha Tahu
Ajal. Maut. Jodoh. Pertemuan.
Kerana apa yang aku lakukan adalah untukNya
Kerana apa yang aku lakukan adalah demiNya
Hanya doa yang mampu aku terus panjatkan
Semoga Dia terus menjaga hatiku
Children of Paradise
5 years ago
1 comment:
Banyak post bahasa melayu. Huhu.
Sabar.
Jauh lagi perjalanan.
Post a Comment