Fitrah untuk mencari cinta agung Maha Pencipta
Aku mungkin masih tergapai dalam layaranku
Tetapi jujurnya aku masih mencari
Dan terus mencari
Di mana air mata yang dulunya rajin jatuh
Dedikasinya hanya untukMu
Kini seolah butiran air mata itu mulai segan
Untuk membasahi pipi
Aku masih mencari
Dan terus mencari
Bila sekeping hati ini akan disentuh lagi
Oleh peringatan-peringatanMu
Aku seolah tertidur untuk seketika
Biar banyak mana pun peringatan yang Kau hantarkan
Melalui segenap makhlukMu
Diriku seakan terhijab daripada tersedar
Bahawa Kau lah yang Maha Tinggi
Setinggi-tinggi nya
Ya Allah
Kau lah motivasiku
No comments:
Post a Comment