Aku bukanlah insan yang terbaik.
Aku bukanlah insan yang terbaik. Namun
begitu, selalu aku menginginkan yang terbaik untuk diriku. Kerana aku tahu yang
terbaik itu datangnya hanya dariMu.
Aku rindukan seorang sahabat. Sahabat yang
bila aku mengadu kesedihan padanya, akan disambut dengan senyuman, dibalas
dengan usapan lembut di kepala. Diiringi dengan kata-kata hikmah yang indah.
Ingin sekali aku memiliki sahabat yang akan
mengingatkan aku..
“Sayang.. Ujian itu semuanya datang dari
Allah. Tentunya Dia Maha Tahu apa yang terbaik buatmu. Kamu tidak perlu gusar
dan risau. Dia sentiasa bersama kamu. Kesedihan itu cumanya sementara. Apa kamu
lupa dunia ini juga bukan kekal. Nah. Menangislah semahunya jika itu
meringankan berat hatimu. Tetapi ingat, jangan pernah berputus asa”
Usai solat bersama, lalu aku pun berbaring
di pehanya dan menangis semahunya, namun dia tidak akan mengeluh jika kain
telekungnya basah dek air mataku.
Dan sahabat itu tidak akan pernah menilai
aku mengikut pandangan dunia semata. Kerana dia tahu manusia tidak pernah akan
sempurna. Kerana dia tahu pandangan yang paling mulia adalah pandangan Allah
Yang Maha Kuasa.