surrounded by crowds doesn't chase away literal loneliness

surrounded by crowds doesn't chase away literal loneliness
dear lord embrace me with your blessings

Followers

Friday, May 24, 2013

Yang Terbaik

Aku bukanlah insan yang terbaik.

Aku bukanlah insan yang terbaik. Namun begitu, selalu aku menginginkan yang terbaik untuk diriku. Kerana aku tahu yang terbaik itu datangnya hanya dariMu.

Aku rindukan seorang sahabat. Sahabat yang bila aku mengadu kesedihan padanya, akan disambut dengan senyuman, dibalas dengan usapan lembut di kepala. Diiringi dengan kata-kata hikmah yang indah.

Ingin sekali aku memiliki sahabat yang akan mengingatkan aku..

“Sayang.. Ujian itu semuanya datang dari Allah. Tentunya Dia Maha Tahu apa yang terbaik buatmu. Kamu tidak perlu gusar dan risau. Dia sentiasa bersama kamu. Kesedihan itu cumanya sementara. Apa kamu lupa dunia ini juga bukan kekal. Nah. Menangislah semahunya jika itu meringankan berat hatimu. Tetapi ingat, jangan pernah berputus asa”

Usai solat bersama, lalu aku pun berbaring di pehanya dan menangis semahunya, namun dia tidak akan mengeluh jika kain telekungnya basah dek air mataku.

Dan sahabat itu tidak akan pernah menilai aku mengikut pandangan dunia semata. Kerana dia tahu manusia tidak pernah akan sempurna. Kerana dia tahu pandangan yang paling mulia adalah pandangan Allah Yang Maha Kuasa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...